Kajian mengenai kelakuan aliran pulpa terapung adalah salah satu kepentingan saintifik yang amat penting disebabkan penambahan sedikit serat ke atas air merubah kelakuan aliran dengan ketara. Kilang pulpa dan kertas adalah industri utama yang menggunakan gentian terapung. Dalam dekad kebelakangan ini permintaan untuk menggunakan gentian bukan kayu telah meningkat, yang mana penggunakan gentian bukan kayu dalam industri memberi kesan kurang memudaratkan kepada alam sekitar melalui pemeliharaan hutan semula jadi dan pokok-pokok, dan mengurangkan sisa bahan tumbuhan. Walaupun kecenderungan untuk menggunakan gentian bukan kayu sebagai sumber alternatif akan meningkat, kekurangan pengetahuan tentang aliran apungan serat bukan kayu dalam paip menimbulkan beberapa kebimbangan mengenai pengendalian apungan bukan kayu dalam proses pembuatan kertas. Lebih-lebih lagi, disebabkan reka bentuk awal saluran paip adalah berdasarkan apungan serat kayu, persoalan yang terlintas di fikiran adalah sama ada data reka bentuk yang sedia ada adalah mencukupi untuk menggunakan apungan pulpa bukan kayu dalam saluran paip. Oleh itu, permintaan untuk menyiasat berkenaan sifat aliran bukan kayu dalam paip seperti pemindahan haba dan trend kejatuhan tekanan adalah perlu. Satu pelantar ujikaji telah dibina untuk menilai pemindahan haba apungan pulpa dan memaparkan kelakuan kejatuhan tekanan bagi apungan tersebut. Satu reka bentuk eksperimen sistematik telah dijalankan ke atas pelbagai jenis pulpa bukan kayu. Ujianujian telah dilakukan dengan tatacara seperti itu untuk mengaitkan sifat-sifat kertas dengan kedua- dua nilai pekali pemindahan haba dan kejatuhan tekanan. Dalam usaha untuk menyiasat objektif seterusnya dalam kajianini, satu siri eksperiment elah dijalankan untuk mengkaji kesan kehadiran polimercth. polyacrylamidekationik (CPAM), kanji kentang dan nanokristal selulosa (NCC) di dalam apungan pulpa terhadap fenomena kehilangant ekanan dan pengurangan seretan. Keputusan menunjukkan pengurangan seretan di dalam campuran pulpa dan bahan tambahan, dan apungan pulpa sahaja. Antara polimer ini tingkah laku hidrodinamik NCC sebagai bahan tambahan generasi barua dalah kurang diketahui dan tidak ada apa-apa laporan mengenai tingkah laku aliran paip bagi campuran NCC / pulpa. Keputusan menunjukkan bahawa campuran pulpa yang mengandungi 150 ppm NCC menghasilkan tahap pengurangan seretan lebih tinggi daripada apungan pulpa sahaja. Penemuan dalam kajian ini boleh memberi penerangan tentang mekanisme aliran gentian-gentian apungan bukan kayu dan campuran mereka dengan polimer dalam aliran paip.